Tuesday, 13 March 2018
CARA BAYAR TUNGGAKAN PTPTN DENGAN KWSP
Assalammualaikum dan selamat tengahari.
ok. entry harini shu nak share sikit lah tentang bagaimana nak langsaikan tunggakan PTPTN dengan simpanan KWSP kita okay. Sebab shu dulu lepas habis diploma terus sambung degree so takde masa nak bayar monthly payment. So lepas dah habis degree tu pun sempat kerja tiga bulan tapi tak buat apa pun HAHAHAHA. Alhamdulilah rezeki, dapat kerja bulan 1 2017 terus dah kira2 macam mana nak bagi nama whitelist balik ( acah2 konon nak ke overseas lah, sampai sekarang tak pergi pun :) )then starting bulan 4 tu baru lah hegeh2 nak pergi bayar tunggakan. Tapi duit tak cukup ni nak bayar. Tertiba datang idea or something yang mcm ohh pernah dengar ada orang cakap yang boleh tolak dari akaun KWSP kita. Tanpa membuang masa, shu pun gatai lah cek kwsp ni ada berapa balance. hahah menangis tengak account enquiries ni. Sebab tak banyak pun tapi membantu jugak lah walaupun balance tinggal puluh puluh sen.
Step by step untuk cek guna apps ( kalau dah ada aktif ID )
1. Search apps
2. Dah habis download. klik open then akan keluar macam ni.
3. ok kalau akaun anda dah aktif boleh lah masukkan username dan passowrd. Kalau takde lagi tolong call kwsp ckap nak aktifkan iakaun. diorang akan guide .
4. Dia akan keluar mcm ni. haaa so totalnya semua akan tunjuk. Akaun 1 dan akaun 2.
ok bila dah tau balance ada berapa. Benda first kena buat ialah
1.Pergi klik PENGELUARAN dan klik butang PERMOHONAN BARU
2. Sila pilih Jenis pengeluaran ( klik pendidikan)
3. Isi lah details dalam ni ok
Done ! Eh tak. nanti korang akan dapat call atau mesej surug datang KWSP yang berdekatan. Kalau call korang tanya lah kena bawak ape semua tu. Tapi yang shu ingat ialah bawak :
1. Photocopy ic , sijil diploma / degree ( bawak sekali yang original)
2. Pergi KWSP yang berdekatan cakap nak buat penolakan dari akaun utk pembayaran pendidikan.
Nanti akak tu or sape2 jelah yg korg tanya yang kerja sana je tau akan guide korang. Lepas dah pergi kaunter sign dan thumbprint, balik lah jangan tunggu pulak. Korang kena tunggu dalam tempoh 2-3 minggu pihak KWSP akan approve korang punya application . And korang akan dapat sms yang mengatakan permohonan korang berjaya dan kena lah pergi PTPTN yang berdekatan untuk dapatkan satu surat pengesahan yang menyatakan korang dah bayar. ( tolong simpan elok2 eh surat tu )
so senang. Kalau korang ada planning nak travel dalam masa terdekat tu, shu cadangkan buatlah monthly payment selama 3 bulan berturut-turut. Nak bagi cantik sikit nama tuuu. Sebab nama kita semua ada dekat BANK NEGARA tauuu.
ok lah. Harap dapat membantu.
Terima kasih sudi membaca
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARA BAYAR TUNGGAKAN PTPTN DENGAN KWSP
Assalammualaikum dan selamat tengahari. ok. entry harini shu nak share sikit lah tentang bagaimana nak langsaikan tunggakan PTPTN dengan si...
-
Assalammualaikum dan salam sejahtera. so post kali ni nak cerita sikit tentang program yang dicertified by PSMB atau PEMBANGUNAN SUMBER M...
-
aaaa baju favourite kena warna luntur pulak dah !! ok. ni lah sebabnya tak pernah dalam sejarah hidup ada baju warna putih sb tau mesti tak...


